Monday, September 19, 2016

Cukai jalan/Insuran kenderaan bermula dari tarikh menggunakan jalan.

Contoh : Cukai jalan/insuran kenderaan telah dibayar pada 25.12.2012 bagi tempoh 1.1.2013 hingga 31.12.2013. Kemudian pengguna tidak menggunakan kenderaan bagi tempoh 1.12.2013 hingga 31.1.2014. Pengguna dibenarkan memperbaharui cukai jalan/insuran bagi tempoh 1.2.2014 hingga 31.1.2015. Pengguna tidak perlu membayar cukai jalan/insuran bagi tempoh ia tidak menggunakan kenderaan itu di jalanraya.

Saturday, May 28, 2016

Jawatankuasa/ jabatan harta terbiar

Mesti ada jawatankuasa/jabatan yang menerima makluman orang ramai mengenai rumah flet terbiar, tanah terbiar, rumah terbiar. Jabatan hendaklah : 1. Mencari alamat pemilik. 2. Mengesahkan status harta tersebut samada masih mahu dimiliki atau tidak. 3. Menganggar umur terbiar harta berkenaan. 4. Memiliknegara harta tersebut jika perlu. 5. Mengenalpasti pandangan Islam tentang harta terbiar.

Sunday, February 28, 2016

Pinda lapuran pengawal

Laporan pengawal keselamatan seharusnya diringkaskan supaya :

1. Tidak membuang masa pengawal keselamatan dalam mencari idea, menulis, membaca semula, meniru, menipu, laporan berkenaan dalam buku laporan.

2. Tidak mengalih konsentrasi pengawal keselamatan terlalu lama kepada menulis lapuran dalam buku lapuran daripada membuat kawalan.

3. Tidak membuang masa ketua pengawal keselamatan dalam membaca buku laporan.

Sebenarnya, laporan dalam buku laporan pengawal keselamaran tidak lari daripada perkara-perkara berikut :

1. Tiada apa-apa terjadi.
2. Ada sesuatu terjadi - tidak melibatkan keselamatan.
3. Ada sesuatu terjadi - melibatkan keselamatan.

Dengan itu dicadangkan, supaya laporan oleh pengawal keselamatan diringkaskan kepada menulis angka "1", "2" atau "3". Jika perlu, angka "3" perlu ditambah dengan cerita ringkas sebenar.

Friday, February 12, 2016

Cermin melengkung

Untuk dapat melihat 'blind spot'.

Set jenazah

Jual.

Kandungan :

Kain batik lepas - untuk tutup badan dan basah mandi.
Kain batik lepas - untuk tutup badan selepas dimandikan.
Tuala besar - untuk lap jenazah selepas mandi.
Kapur barus - kegunaan semasa mandi jenazah.
Kain ikat - 5 ikatan.
Kapas - untuk tutup lubang hidung jenazah.
Kapas - untuk tutup lubang kemaluan jenazah.
Gelof - untuk kegunaan org yg mandikan jenazah.
Tikar mengkuang - untuk letakkan dan bungkus jenazah.
Kain kapan - untuk bungkus jenazah.
Air - untuk siram kubur.
Batu nesan.

Tidak dibekalkan tapi perlu :

Baldi - untuk mandikan jenazah.
Air - untuk mandikan jenazah.
Wang - upah penggali kubur, pembaca talkin, imam solat jenazah, van pengangkat jenazah, pemandu van jenazah, ketua kampung, pengumum kematian, pengangkat jenazah.
Bunga.

Tuesday, January 19, 2016

Berita baik-baik

Sekarang ni, kalau berita tak baik barulah berita dan menghasilkan duit dan menarik perhatian orang.

Oleh itu :

Blog
Suratkhabar
TV

Monday, November 16, 2015

Modenas - boleh cas handphone

Harap pihak Modenas boleh pasang kotak yang boleh cas handphone di motor Modenas pada masa akan datang. Susah sangat ke ?

Bandar Seremban - tiada tanda arah ke Melaka dan JB

Harap pihak berkuasa bagi bandar Seremban tunjukkan tanda arah ke Melaka dan JB. Bagi yang pertamakali atau dah lama tak ke Seremban memang sasau cari jalan ke Melaka dan JB.

Wednesday, October 7, 2015

Berita dunia

Secara ringkas sahaja - Tajuk dan Isi ringkas. Sumber : Internet. Dari tiap-tiap negara dunia. Kategori : politik. Kemalangan. Peperangan. Pertanian. Perkilangan. Saham. Hiburan. Sukan. Android. Windows. Linux. Apa yg tiada : rencana. Komen. Pendapat.

Sunday, November 24, 2013

Merging of forwarded messages

We can forward a message (sms) from one phone to another phone, like I did from Samsung GT-E1200T (non-android) to Samsung Galaxy Note 2 (Android), but the received message cannot be merged or added to the existing conversations with the same contact number. I hope Google can add the capability to Android to able to add a conversation manually to the existing contact number.

Sunday, October 6, 2013

Kerja untuk pesara

Kerajaan hendaklah mengumpulkan data atau menyediakan kerja yang sesuai bagi golongan pesara dan warga tua yang masih mampu berkerja dan mahu berkerja sebagai pemakan gaji bulanan. Mungkin tempoh masa kerja mereka boleh dipendekkan dan gaji mereka dikurangkan menurut kadarnya. Kebanyakan pesara yang dulu makan gaji tidak pandai untuk berniaga dan masih mahu berkerja makan gaji terus hingga mereka menghembuskan nafas terakhir. Mereka tidak gemar duduk tanpa kerja sebagai pesara tapi sukar mendapatkan kerja. Jika pihak kerajaan dapat mengumpul data tentang kerja yang sesuai untuk golongan ini dan memberi galakan kepada majikan-majikan supaya memberi kerja yang sesuai dengan kudrat mereka, tentu ini dapat membantu negara dan warga pesara.

Tuesday, June 30, 2009

New position of mousepad in laptop

They wish that the position of mousepad on the laptop/notebook/netbook etc is on the right side or left side, not at the centre like we have now.