Sunday, October 6, 2013
Kerja untuk pesara
Kerajaan hendaklah mengumpulkan data atau menyediakan kerja yang sesuai bagi golongan pesara dan warga tua yang masih mampu berkerja dan mahu berkerja sebagai pemakan gaji bulanan. Mungkin tempoh masa kerja mereka boleh dipendekkan dan gaji mereka dikurangkan menurut kadarnya. Kebanyakan pesara yang dulu makan gaji tidak pandai untuk berniaga dan masih mahu berkerja makan gaji terus hingga mereka menghembuskan nafas terakhir. Mereka tidak gemar duduk tanpa kerja sebagai pesara tapi sukar mendapatkan kerja. Jika pihak kerajaan dapat mengumpul data tentang kerja yang sesuai untuk golongan ini dan memberi galakan kepada majikan-majikan supaya memberi kerja yang sesuai dengan kudrat mereka, tentu ini dapat membantu negara dan warga pesara.
Subscribe to:
Comments (Atom)
